Rahsia Solat di Awal Waktu


APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. 

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Teacher Tasya Wedding

Masa ni...En Hubby xde...so sebab bersemangat nak g majlis cikgu tasya (Cikgu tasya nih dulu cikgu Syaurah masa kat Taska) ni....deal baekk punya dgn kak Fad (x-Pengasuh sofia di taska). Nasib baik kak fad sporting...maceh kak fad tulun tumpang kami anak-beranak..Jasamu akan di kenang...!! Apa pun..Selamat Pengantin Baru Cikgu Tasya......
Dari kiri: ....(sedara kak fad), peanot (anak dara kak sah), Kak sah, pengantin, sofia (dukung oleh tasya), intan,  aqilah, kak fad and me...xlupa si kecil bergaun putih merah..my little princess syaurah

First writing

Alhamdulillah....syaurah dah pandai tulis namanya sendiri.....mcm tulisan umi dia je bulat2x...


Penangan Mee Udang

Al-kisahnya..dulu pernah tgk majalah 3 story pasal mee udang ni...nampak mcm sedap jer...Lama lepas tu pulak, muncul lagi story mee udang ni dalam blog kak Rin (AHAR). Memang teringin tapi terpikir gak takkan semata2 ke sana makan mee udang ni jer...jauh tuuuu.. Tapi sudah memang rezeki yang Allah aturkan untuk kami.....tup2x....best friend masa degree dulu (Shazatul Akmaliah) nak nikah dan dia orang perak....jeng...jeng...INILAH dia masanya untuk kami merasa mee udang mak jah ni.....maaf ye pasal dah lapar sgt x sempat nk amik pic tgh makan....hehee..apa pon sekarang klu nak mkn mee udang mak jah ni tak perlu ke kuala sepetang lagi kerana sudah ada cawangan di Wangsa Walk, KL. Jom cuci tekak....



Nway Congrate Lia for your BIG day.....

Set sampin dan tengkolok

Meh nak cerita...gara-gara hubby nak terima penyampaian sandang silat....akhirnya inilah design pilihan hati....sampai letih umi nak memilihnyeee....oklah ni..dah cun dan yang ini..proceed ok...en hubby


Selamat Hari Lahir Sofia Maisarah


Selamat Hari Lahir sayang.....mg dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...Dah 2 tahun dah anak umi...dulu masa lahir cuma 2.3kg je..hampir2 masuk inkubator sebab kecik sgt...haa..tp sekarang...asik mkn je keje dia. Masa ni celebrate kak umah atok n nenek di kl. Ermmm...tapi tengoklah..besday kak ngah..tapinya kak long pon dapat hadiah dari atok n nenek....ni mesti kes x nak berebut ni..kan..kan...nenek?

Cedapnye kek yg nenek sponsor nih...

Syaurah & Sofia with Atok & Nenek