Additional work again..

Wahh..x sampai sebulan datang lagi...tp yg ni agak mantop sket..huhuhu..elsevier tu... Kali ni pengsan nak baca pasal berbelas2 page nak review...tebal lah skt..


Dear Dr. O. Saliza Azlina,

On Jun 07, 2012, I asked you for a review of the paper MSB-D-12-00684, which has been submitted for consideration for publication in Materials Science and Engineering B.  I would be most grateful if you could find the time to read the paper and comment on its suitability for publication.

Please let me know whether you are able to carry out the review by logging onto the system and accepting or declining the invitation now. You can log on again later to submit the review. 

PLEASE DO NOT RESPOND DIRECTLY TO THIS E-MAIL.  PLEASE REGISTER YOUR RESPONSE VIA THE WEBSITE SO THAT THE HISTORY FOR THE PAPER WILL STAY INTACT.
Thank you very much for your assistance.

Yours sincerely,

Editor-in-Chief
Materials Science and Engineering B

Additional work....


First job for this year...

Dear Prof./Dr./Mr./Ms. Saliza Azlina,

Given your expertise in this area, we sent you the manuscript below, which was submitted to the 2nd International Conference on Engineering and Technology Innovation 2012 (ICETI2012;http://sparc.nfu.edu.tw/~iceti2012). We would be most grateful if you could comment on its suitability for publication. Your comments will be due by 2012-05-25.
Please send the Referee Report Forms back to us by email to: iceti2012.rvw@gmail.com. We look forward to hearing from you in the near future.

 Best regards

The Organizing Committee of ICETI2012
2012-05-15

Kamera Impian...

CANON 1100D WITH SD CARD 8GB/16GB SUPPORT 30MB/s HD MOVIE

Setelah menghadiri kursus video editting.....fuyooo....bersemangat nak beli DSLR atau pon handycam. Maklumlah nk wat video making ni perlukan gambar2 yg cantek2....Jadi, gunakan kepakaran pengajar dan technician dalam bidang ini untuk mendapat khidmat nasihat membeli kamera. Apa lagi....inilah kamera yang dicadangkan. Jika beli kamera ni...jimat sket duit xpayah beli handycam. Cukup dengan EOS 1100D ni sudah memadai, 2 in 1 la senang cerita. Ini kamera DSLR yg termurah dipasaran, dan ianya istimewa untuk entry DSLR yg mcm aku ni. Dengan alasan, kamera IXUS sekarang ni dah rosak lense nye gara2 anak2 daraku yg juga terlibat sama dan bersemngat dalam pengambilan gambar sampai lense nye dah xboleh gerak....maka dengan ini memperkukuhkan alasan nak beli kamera ni...huhuhu....Nak beli dalam masa terdekat ni mungkin tidak..apa kata kita survey harga dulu.....mana tau boleh easy payment. Fuhhh..harap2 klu bole wat easy payment...sekarang jugak kena rembat kamera nih....En Hubby, mcm mana? boeh sponsor sket tak nih...??



Hari Guru dan Ibu Taska Sofia

Kawan dah lama..tapi tak de gambarnya...Inilah satu2 nye...nyonya bergambar dengan bunga bersama mama dan umi. 

Nak jadi cerita, disebabkan minggu ini sangat sibuk untuk menyiapkan hardbounce thesis, langsung xde idea nak buat apa dgn pertandingan ni. Aku nk join bukan sebab nak menang tp sekadar untuk memeriahkan program taska sofia sebagai tanda sokongan atas aktiviti yg dijalankan oleh pihak taska. Kisahnya pagi jumaat tu aku tersedar dari tidur jam 5 pagi. Pusing2 tak nak tido jugak. last hantar penyertaan adalah pagi jumaat tu tp satu apa pon x buat lagi ni...mcm nk surrender pon ada. Akhirnya, aku turun ke bawah dan mengumpul semua bahan buangan yg aku kumpulkan. pikir punya pikir....ingat nk wat frame. Tetiba majalah syaurah terjatuh dan terbuka halaman " Hadiah untuk Hari Ibu", majalah ni menunjukkan anak2 cara membuat kad ucapan hari ibu dalam bentuk handbeg. Aku pon pikir2, mcm best jugak idea ni....tp dalam majalah tu hanya tunjukkan 2D saje. So, ape lagi....just amik idea tu then aku buat dlm bentuk 3D. buat punya buat sampai leka..dah jam 9 pagi...alamak dah terlambat ni....En hubby pulak kata.."x siap lagi ke?".......dengan pantasnya aku perhabiskan...belasah ajelah janji ada rupa bentuk handbag....dan akhirnya en hubby menghantarnya ke taska. Dan...ianya merupakan penyertaan terakhir sekali yg dihantar. Tup2 masa sesi penyampaian hadiah, cikgu2 kata semua org dapat....sampai no3, nama ku masih tidak disebut...huhuhuu...kak ben kata...Ja, ko konpem menang ni.....dan masin mulut akak aku sorang ni...alhamdulillah inilah hasilnya...hamper ni best sgt sbb semua brg2 dia adalah branded2 bukan cap ayam punya....Bile balik rumah...semuanya tersenyum..mana tak nye bawa balik hamper besar tuh.....tengok jelah ye...semuanya dah selamat dikunyah...tinggal 1 tin biskut tiger je yg belom dibuka...

Jgn jeles: menang JOHAN acara kreativiti menggunakan brg2 recycle.



Let It End.....



Alhamdulillah....akhirnya pengorbanan selama ini terbalas jua....Minggu lepas adalah minggu yang sangat memenatkan  apa tak nye mengejar benda ni nk sampai siap. Tambahan pula, nk kejarkan sub senate...fuhhhh..hanya Allah sahaja yg tahu betapa semua uraf sarafku ini menjerit kesakitan...mata pula meminta belas kasihan...anak2 sibuk minta dilayan...suamiku setia membantu dengan penuh kesabaran...Tapi apakan daya..semua ini untuk keluargaku jua....dalam kesibukan...hari guru buat suamiku juga tetap dirai, hari sukan dan hari guru /ibu taska sofia turut dihadiri...walaupun ada yg berkata kita kena korbankan sesuatu untuk sesuatu....tapi demi keluarga tersayang....aku cuba untuk tidak mengorbankan apa pun untuk dapatkan sesuatu supaya semuanya rasa diri mereka dirai...disayangi dan dihargai...tidak dinafi berkat doa suami serta ibubapaku serta rakan2 juga turut dihargai...alhamdulillah segala urusan dipermudahkan... Bile difikirkan balik sebelum minggu sibuk ini terjadi, aku terpaksa cuti emergency kerana anak2 kesayanganku demam serentak selama seminggu...ditambah kerisauan..sudah seminggu xbaik2...nekad untuk check darah risaukan denggi...dan akhirnya aku pon mc sebab dgn umi2 demam sekali....Dr pon pesan amik darah anak beranak ini...alhamdulillah aku dan syaurah negatif denggi, sofia juga negatif tp platlet sgt rendah kena amik darah sekali lagi di hospital batu pahat sbb sabtu cuti.....dgn penuh kerisauan...mohon minta dijauhi...alhamdulillah platlet meningkat dengan tinggi...genap 8 hari....anak2ku kembali akfif..sudah mulai menyanyi..gembira dihati melihat anak2 ceria kembali..en suami juga turut senyum mensyukuri.....Aku pon terfikir rasa2nya Allah bagi anak2 sakit, aku pun sakit...supaya dapat berehat dengan cukupnya (tidur aje sebab demam) kerana minggu berikutnya aku akan sangat bz....tapi sudah lumrah Allah akan menguji hambanya yg tabah menghadapi...Ya Allah Engkau Maha Mengetahui....Ampuni dosa2 kami...rahmatilah hidup kami...Alhamduillah diatas rezeki yg diberi semoga aku menjadi hamba yang mensyukuri..Amin.

Penangan Pesta Buku PWTC






Inilah habuan untukku sempena pesta buku tahun 2012 ini....Banyak juga sebenarnya ni....klu tgk En Hubby shopping kitab2 arab lagi jenuh nak cerita...banyak sangat...


Hasil Pancingan Pesta Buku


Tetiba adikku berpesan, " Gi tak pesta buku hari ni? klu gi, belikan buku Cinta High Class"...then, disebabkan aku hanya teman husband ke sana hari ni....maka ku belikan jua buku ini untuk adikku. Bile sampai umah...adikku telah pon balik UPM. Nak jadi cerita, aku pon angkut bw balik rumah..konon2 nye nk le baca..tajuk mcm best..tapi aku ni bukannye berjiwa jiwang yang boleh membaca novel...huhuhu...setelah seminggu....ku belek2 juga buku ni...agak menarik sebab nye buku ni bukan mcm novel biasa...dia lebih kepada buku motivasi/agama dan diselitkan unsur2 novel...so maknanya aku boleh la baca...tapi mcm biasalah agak slow...huuhuhu...Best buku ni walaupun baru baca 20 page dlm masa 2 weeks....hikhikhik..

Rahsia Solat di Awal Waktu


APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. 

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Teacher Tasya Wedding

Masa ni...En Hubby xde...so sebab bersemangat nak g majlis cikgu tasya (Cikgu tasya nih dulu cikgu Syaurah masa kat Taska) ni....deal baekk punya dgn kak Fad (x-Pengasuh sofia di taska). Nasib baik kak fad sporting...maceh kak fad tulun tumpang kami anak-beranak..Jasamu akan di kenang...!! Apa pun..Selamat Pengantin Baru Cikgu Tasya......
Dari kiri: ....(sedara kak fad), peanot (anak dara kak sah), Kak sah, pengantin, sofia (dukung oleh tasya), intan,  aqilah, kak fad and me...xlupa si kecil bergaun putih merah..my little princess syaurah

First writing

Alhamdulillah....syaurah dah pandai tulis namanya sendiri.....mcm tulisan umi dia je bulat2x...


Penangan Mee Udang

Al-kisahnya..dulu pernah tgk majalah 3 story pasal mee udang ni...nampak mcm sedap jer...Lama lepas tu pulak, muncul lagi story mee udang ni dalam blog kak Rin (AHAR). Memang teringin tapi terpikir gak takkan semata2 ke sana makan mee udang ni jer...jauh tuuuu.. Tapi sudah memang rezeki yang Allah aturkan untuk kami.....tup2x....best friend masa degree dulu (Shazatul Akmaliah) nak nikah dan dia orang perak....jeng...jeng...INILAH dia masanya untuk kami merasa mee udang mak jah ni.....maaf ye pasal dah lapar sgt x sempat nk amik pic tgh makan....hehee..apa pon sekarang klu nak mkn mee udang mak jah ni tak perlu ke kuala sepetang lagi kerana sudah ada cawangan di Wangsa Walk, KL. Jom cuci tekak....



Nway Congrate Lia for your BIG day.....

Set sampin dan tengkolok

Meh nak cerita...gara-gara hubby nak terima penyampaian sandang silat....akhirnya inilah design pilihan hati....sampai letih umi nak memilihnyeee....oklah ni..dah cun dan yang ini..proceed ok...en hubby


Selamat Hari Lahir Sofia Maisarah


Selamat Hari Lahir sayang.....mg dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...Dah 2 tahun dah anak umi...dulu masa lahir cuma 2.3kg je..hampir2 masuk inkubator sebab kecik sgt...haa..tp sekarang...asik mkn je keje dia. Masa ni celebrate kak umah atok n nenek di kl. Ermmm...tapi tengoklah..besday kak ngah..tapinya kak long pon dapat hadiah dari atok n nenek....ni mesti kes x nak berebut ni..kan..kan...nenek?

Cedapnye kek yg nenek sponsor nih...

Syaurah & Sofia with Atok & Nenek

Jenjalan...


Bebudak ni klu dah jalan jumpa org pakai kostum ni konpem tak nak gerak...mesti nk tunggu sampai dapat jumpa.

                                            Alaa...amoi ni kacau daun lah....                Sorry ye kak long...xnampak matanya

Pokok Pisangku

Inilah dia pokok pisangku yang berjaya menghadapi rintangan untuk hidup di depan rumahku. Al-maklumlah tanah disekitar situ adalah bekas simen + pasir konpemlah dah x subur.....ini usaha kedua kami selepas pisang miniku mati terkandas disini. Sekarang pokok ini sudah melebihi tinggiku..tunggu masa bile lah nak merasa buah nye. Pokok pisang ini special skit sbb bkn pokok pisang biasa, ia hasil pengklonan tisu rasanya. Then, ia juga pemberian daripada ayahku setelah membelinya di jualan MAHA. 



Kak long Syaurah menjeling teknik Kak Ngah Sofia memposing  Amboi...macam semangat merdekala kak long

Sesi Latihan ke Library

Sejak 'Permata' ini dibuka, agak rajin jugak si abi membawa anak2 ke sini....maklumlah library untuk bebudak...yg best nye masuk adalah percuma dan macam2x kemudahan disediakan.... Sabtu-Ahad pun dibuka, menarik kan?




Bersemangat membaca....

My First Bread wif BM


Oleh kerana tak nak breadmaker ni rosak sebab tak digunakan....maka apa lagi meh ler saya rasmikan. Malam tu bubuh segala bahan2 nye serentak dalam mangkuk bertangkai tu...setting2x....ON kan dan pi masuk tidoq. Dan esok paginya...tadaaaaaaa....inilah hasilnya...selamat menjamu mata ye..


My New Breadmaker


Inilah hasilnya.....macam roti Gardenia kan..



Kembali Selepas Lama Menyepi... 

Sudah sekian lama blog ini menjadi sesawang....sudah lama tidak diusik dan diupdate...tapi atas inisiatif baru azamnya akan terus untuk menulis blog ini. byk2 kisah2 yang tidak sempat dicoretkan. Apa pun, setakat ini baru tukar templete dulu untuk mendapat mood baru..nantikan yea kemunculan keluarga saya kembali...